Alhamdulillah. Thank you very much to MRA for the opportunity given. This is such a remarkable experience for a new comer like me in humanitarian work.
Jejak Pos Tenau adalah perkampungan orang asli yang menjadi lokasi berulang bagi pihak MRA untuk menyalurkan bantuan dan memberi khidmat komuniti. Berdasarkan penceritaan kakitangan MRA yang lebih awal menyertai misi ini, program kali ini merupakan kejayaan yang besar, melangkaui apa yang mereka sasarkan.
Sambutan dan keterbukaan penduduk orang asli semasa program kali ini begitu memberansangkan hinggakan doktor-doktor yang bertugas tidak menang tangan melayani kunjungan penduduk yang tidak puts-putus dari pagi hingga ke petang.
Kesemua murid SK Pos Tenau juga berjaya menghadirkan diri bagi memenuhi keseluruhan aktiviti yang telah rancang. Dari satu acara ke satu acara semuanya berlansung tanpa gagal biarpun kakitangan yang mengendalikan sesebuah permainan adakalanya tidak dapat melayani karenah lucu anak-anak orang asli tersebut. Sokongan guru-guru SKPT juga bagus, sentiasa ada sepanjang program.
Saya sebagai orang yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti begini, saya begitu teruja dan dalam kebanyakan masa belajar secara impirical dari mereka yang lebih senior. Sikap keterbukaan pihak pengurusan MRA membuatkan saya tidak kekok untuk bergaul mesra bersama mereka biarpun baru pertama kali bersua muka.
Semoga sasaran MRA bagi masyarakat Pos Tenau akan berhasil dan semoga program-program akan datang akan berjaya.
SPR :-)
No comments:
Post a Comment