Universiti Utara Malaysia - Kursus Instruksional dan Pembangunan Andragogi. Itu adalah nama kursus yang wajib di hadiri selama dua minggu oleh semua pensyarah kolej komuniti (bagi yang bukan bidang pendidikan) di seluruh Malaysia.
Aku dan tiga lagi rakan sejawatan gerak ke sana menaiki kereta aku dengan perjalanan yang lancar dan tiada sebarang masalah, biarpun suasana raya masih tebal (raya ke-7 beb). Bab-bab travel ni memang aku suka. Memandu dalam jarak yang jauh tidak menjadi masalah pada aku… well, Overlander laa katakan.
Hari jumaat, 7/8 tu ada geng hilux dari Hilux Tuners Club Malaysia yang nak masuk ke Thailand untuk ke Hatyai, ada urusan peribadi. So aku amik peluang ni untuk spend time kejap, pegi makan daging bakor.. hoho.. mmg rugi beb kalu masuk sini xpekena daging bakor. Nak "bersosial" pun xsempat sbb esoknya aku ader aktiviti lain nak buat, so aku pun keluar balik sebelum pukul 12.
Ini adalah rakan-rakan sekerja dan juga rakan-rakan baru yang dikenali semasa kursus ini. We took the opportunity to go to Wang Kelian to buy some stuff. Pasar di Wang Kelian ni memang terkenal dan hanya beroperasi pada hari Ahad sahaja. Not that far dari UUM.
On the way balk tu, kitorg singgah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Sena, Perlis. Masjid ni cantik dan unik. Binaannya menampilkan ciri-ciri rumah tradisional dan moden. Memang menarik.
Petang tu, kitorg konon nyer nak bergambar di sawah. Tapi pusing punya pusing, hampehh.. Lokasi sawah di area Kuala Perlis ni tidak menarik (kitorg yg xreti carik kot.. hehehe). So dah dekat nk petang tu, kitorg decide utk amik gambar di Hutan Lipur Bukit Kubu.
Ini Pekan Rabu. Antara lokasi popular jika nak beli barang makanan atau jahitan untuk dijadikan sebagai buah tangan. So boleh beli ikan pekasam yang best dekat sini.. :P
Malam tu, kitorg singgah pula masjid negeri di Alor Setar, Masjid Zahir yang di bina pada 1912. Masjid yang menarik dan klasik.
Hari terakhir kursus di UUM. Muka-muka ceria lepas habis exam. Kebetulan, seorang lecturer dari Sarawak ni, ader baju yang sama dengan aku. batik Sarawak.
Banyak benda baru dan penambahbaikan yang kitorg dapat daripada kursus ni. Kudos to the organiser, UUM. Kalau suruh KIPA sekali lagi pun xper.. hahaha
Moga kita semua dapat berjumpa lagi di lain waktu. Adios..
Boleh layan video kitorg di sini: KIPA Cohort-2 2014
No comments:
Post a Comment